Wednesday, September 23, 2009

Semarak ZIKIR dilembah SUNYI

Lembah terjal ini mantap sepi
Namun hatinya tidak beku membisu
Dalam hening memancar zikir
Lahirkan syukur penuh tawaduk
Wahai Rabbi amat Agung KudratMU
Kerikil tajam tandus kontang
Bukan suatu hukum buatku
Tapi masih banyak habuan nikmat disini
Sabar rahmatMU adalah baja kasih
Mengalir tenang dalam arus bening WadiMU
Ya, Khaliq akulah penghuni dilembahMU
Sentiasa pasrah dalam hening yang syahdu
Sebenarnta aku juga bahagia disini
Dibawah payung cahaya RahimMU
Dilindungi dengan lembayung Kasih SayangMU...Tuhan Yang ESA..
Akanku tabah muhasabah
Lalu ku temui bahawa mungkin aku si perindu
Yang sering menatikan saat gembira dan gentar bertemu denganMU
walaupun pelbagai ujian dan dugaan dilalui
Ya Tuhan...berikan aku kekuatan...