Monday, October 5, 2009

MARI BERDOA


"jangan berhenti berdoa. Sebab doa sangat miracle. Allah mahu kita meminta dari Dia. Tapi bukan semuanya diberi sekelip mata. Kerana kita hamba. Bukan Dia hamba kita yang memperkenan segala pinta tanpa berkira-kira.

Berdoalah. Kerana kalau bukan esok, di saat kita sangat memerlukan nantilah Allah akan tunjukkan Maha Perkenannya Dia.

Berdoalah. Kerana apabila kamu minta kekenyangan, Dia tidak akan memberimu sepinggan nasi. Tetapi Dia memberikan kamu biji benih dan Dia turunkan pula hujan.

Tadahlah tangan. Berdoalah dan jangan putus asa dengan doa yang belum diperkenankan.

Kerana Allah menyimpan perkenan-Nya untuk waktu kamu benar-benar hilang arah dan tiada jalan keluar melainkan dengan petunjuk dari Dia Yang Maha Tahu dan Bijaksana."

No comments:

Post a Comment